Wednesday, October 05, 2011

unit-unit ekosistem

Unit ekosistem terbahagi kepada dua bahagian:
  • benda-benda hidup (biotik)
  • benda-benda tidak hidup (abiotik), seperti
        - hidrosfera
        - litosfera
        - atmosfera
         
Setiap bahagian unit di atas mempunyai peranan penting dalam skosistem. Sehabagian daripada unit-unit ini berubah dari satu tempat ke tempat lain, atau dari suatu masa yang lain, dan menyebabkan perubahan pada ekosistem, sedangkan sebahagian yang lain tidak berubah. Perubahan-perubahan unit itu mungkin berlangsung secara fizik, kimia, biologi atau geologi, dan mungkin mempunyai corak yang sederhana atau kompleks.

Hidrosfera
Air adalah suatu unsur semula jadi yang penting di dalam alam ini. Kehidupan di alam bermula dari laut, dan air adalah perlu untuk melangsungkan kehidupan. Selain daripada itu, air juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan luluhawa batuan, iaitu suatu proses yang perlu dalam pembentukan tanah. Air mempunyai sifat-sifat yang tidak dipunyai oleh cecair lain. Suhu air sangat sesuai untuk kehidupan dan pembiakan hidupan seperti ikan dan tumbuhan air. Air juga mampu menyerap tenaga haba dari lingkungannya. Dari segi kimia, banyak bahan boleh melarut dalam air. Dengan demikian, air merupakan bahantara terpenting di mana bahan kimia dapat diangkut daru suatu ekosistem ke ekosistem lain. Bahan-bahan kimia hanya dapat dipindahkan dari bahagian abiotik ke bahadian biotik dengan perantaraan air.

Litosfera
litosfera terbahagi kepada tiga bahagian: batuan, mendakan dan tanah. Batuan merupakan sumber mineral, dan ia adalah hasil proses luluhawa. Proses-proses luluhawa ini dapat berlangsung dengan beberapa cara. Secara fizik, batuan dapat terluluhawa dengan cara pengembangan, pengecutan dan dengan cara tarikan graviti. Secara kimia, batuan dapat terluluhawa oleh larutan mineral tertentu yang terdapat dalam air tanah. Mendakan adalah bahagian batuan yang terjadi dengan atau tidak dengan proses luluhawa kimia yang dibawa oleh peranataraan angin atau air. Mendakan adalah bentun perantaraan antara batuan dan tanah. Struktur tanah lebih kompleks daripada mendakan, walaupun ia mungkin berasal daripada mendakan. tanah adalah campuran yang kompleks daripada bahagian batuan. Tanah terdiri daripada tiga jenis, iaitu pasir, kelodok dan tanah liat.

Atmosfera
Atmosfera adalah lapisan udara yang terdapat kira-kira 100km di atas permukaan bumi, ini membentuk apa yang dinamakan angkasa lepas. Atmosfera terbahagi kepada empat udara, iaitu troposfera, statosfera, mesosfera dan termosfera. Pembahagian lapisan-lapisan udara ini berdasarkan kepada perbezaan suhu.

Tuesday, October 04, 2011

tugasan dalam proses.

kerjasama amat diperlukan dalam melakukan sebarang tugasan.apa jua bentuk tugasan perlu dilakukan dengan penuh toleransi.maka,kami telah sebulat suara,ingin menekankan kepada diri masing2 agar bersama2 melakukan tugasan dengan penuh berhemah.lakukan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan dengan penuh kesedaran agar tiada yang goyang kaki atau menempa nama di atas kerja orang lain.sekian.

Sunday, October 02, 2011

pengenalan kepada ekologi

sebelum mempelajari tentang ekologi, kita harus mengenalinya dahulu..

Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan di antara makhluk hidup dengan lingkungannya dan juga diantara sesama makhluk itu. Istilah ekologi ini digunakan buat kali pertamanya oleh seorang ahli biologi Jerman, Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa Greek, oikos' yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Dengan demikian, ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Dalam ekologi, yang ditekankan adalah biologi kelompok makhluk hidup dan proses tugasnya sama ada di daratan  atau di dalam air. Maka ekologi dapat juga diertikan sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam, dah manusia sebagai sebahagian daripada alam.

Suatu sistem ekologi, atau ekosistem, terdiri daripada komponen-komponen biologi dan alam sekitarnya. Ekosistem adalah kompleks kerana di dalamnya terdapat bukan sahaja benda hidup tetapi juga benda-benda tidak hidup. Dalam hal ini yang penting adalah tindak balas yang mengikat benda hidup dan benda tidak hidup sehingga mewujudkan suatu ekosistem yang seimbang.