Sunday, December 04, 2011

APA ITU DESIGN YANG SUSTAINABLE?


apa itu design yang sustainable?
Design yang sustainable terbahagi kepada 3
GREEN DESIGN
ECO DESIGN
DESIGN UNTUK ALAM
Kesemua ini menterjemahkan maksud bahawasanya sustainable design ini adalah satu seni yang dapat digunakan untuk rekaan,alam sekitar dan servis2 untuk memenuhi kehendak ekonomi,social,ekologi dan sustainability itu sendiri.

Konklusinya,dapat lah kita rangkumkan bahawa sustainable design itu adalah:
1.satu bentuk reaksi yang dilakukan untuk menghadapi krisis global
2.cara untuk menghadapi pertumbuhan pesat aktiviti ekonomi dan populasi manusia.
3.cara untuk menghadapi pengurangan sumber semulajadi
4.dan cara untuk menangani kemusnahan yang berlaku terhadap ekosistem dan kerencatan biodiversity.

Saturday, December 03, 2011

APA ITU SUSTAINABILTY?


EKOLOGI IDEALIST
 apa itu sustainability.
sustainibility atau dalam bahasa melayunye bermaksud keberlangsungan.
tetapi..
apa itu keberlangsungan?
keberlangsungan itu maknanya..
BENDA YANG TIADA KESUDAHAN.
YANG TIADA PENGAKHIRAN
YANG ABADI.
YANG KEKAL.
YANG ADA SAMPAI BILA-BILA.
YANG STABIL.
..
tetapi.
apakah benda/objek yang kekal?yang mampan?yang keberlangsungan sampai bila-bila?
hanya ALLAH S.W.T yang kekal .
tiada yang kekal selain zat ALLAH S.W.T.
tetapi dalam istilah manusia biasa,
sustainibility adalah kestabilan.
sesuatu situasi di mana satu objek/bangunan yang stabil dengan persekitarannya.
tetapi.
bagaimana untuk mencapai sustainability dalam konteks senibina dan ekologi?
..

Friday, December 02, 2011

APA ITU KEMAMPANAN (SUSTAINABILITY)





-keupayaan mengekalkan satu satu proses
-digunakan berkaitan dengan sistem biologi dan manusia

-dalam ekologi, kemampaman adalah keupayaan  ekosistem untuk mengekalkan proses-proses ekologi, fungsi, biodiversiti dan produktiviti.






EKOLOGI IDEALIST

Thursday, December 01, 2011

3P --ISTILAH SUSTAINABILITY

EKOLOGI IDEALIST

PEOPLE=SOCIAL
PLACE=ENVIRONMENT
POLITIC=ECONOMIC

atau dalam bahasa melayu nya.
MANUSIA
ALAM
EKONOMI

terdapat 3 point penting yang menjadi kan sustainability ini satu kenyataan.
namun,bukan lah satu hal yang mudah untuk mencapai kesempurnaan sustainability.
 point pertama yang akan kami kupaskan adalah tentang..

MANUSIA
 keberlangsungan manusia
bagaimana untuk menjadi 'manusia' sustainable?
ya.
manusia tidak kekal selamanya.namun bagaimana untuk menjadikan manusia 'stabil'?

jawapan:
untuk mencapai keberlangsungan manusia,
manusia itu sendiri harus lah mempunyai keupayaan untuk mengekalkan dan mengelakkan kemusnahan berlaku kepada komuniti atau sumber sumber yang manusia miliki.
terdapat dua sumber yang terdapat pada manusia.
1.INDIVIDUAL
2.KOMUNITI SOSIAL
maksudnya,untuk mencapai kestabilan manusia,
manusia itu haruslah memiliki ilmu,sihat,dan beragama agar manjadi manusia yang benar-benar 'stabil '.



ALAM








Wednesday, October 05, 2011

unit-unit ekosistem

Unit ekosistem terbahagi kepada dua bahagian:
  • benda-benda hidup (biotik)
  • benda-benda tidak hidup (abiotik), seperti
        - hidrosfera
        - litosfera
        - atmosfera
         
Setiap bahagian unit di atas mempunyai peranan penting dalam skosistem. Sehabagian daripada unit-unit ini berubah dari satu tempat ke tempat lain, atau dari suatu masa yang lain, dan menyebabkan perubahan pada ekosistem, sedangkan sebahagian yang lain tidak berubah. Perubahan-perubahan unit itu mungkin berlangsung secara fizik, kimia, biologi atau geologi, dan mungkin mempunyai corak yang sederhana atau kompleks.

Hidrosfera
Air adalah suatu unsur semula jadi yang penting di dalam alam ini. Kehidupan di alam bermula dari laut, dan air adalah perlu untuk melangsungkan kehidupan. Selain daripada itu, air juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan luluhawa batuan, iaitu suatu proses yang perlu dalam pembentukan tanah. Air mempunyai sifat-sifat yang tidak dipunyai oleh cecair lain. Suhu air sangat sesuai untuk kehidupan dan pembiakan hidupan seperti ikan dan tumbuhan air. Air juga mampu menyerap tenaga haba dari lingkungannya. Dari segi kimia, banyak bahan boleh melarut dalam air. Dengan demikian, air merupakan bahantara terpenting di mana bahan kimia dapat diangkut daru suatu ekosistem ke ekosistem lain. Bahan-bahan kimia hanya dapat dipindahkan dari bahagian abiotik ke bahadian biotik dengan perantaraan air.

Litosfera
litosfera terbahagi kepada tiga bahagian: batuan, mendakan dan tanah. Batuan merupakan sumber mineral, dan ia adalah hasil proses luluhawa. Proses-proses luluhawa ini dapat berlangsung dengan beberapa cara. Secara fizik, batuan dapat terluluhawa dengan cara pengembangan, pengecutan dan dengan cara tarikan graviti. Secara kimia, batuan dapat terluluhawa oleh larutan mineral tertentu yang terdapat dalam air tanah. Mendakan adalah bahagian batuan yang terjadi dengan atau tidak dengan proses luluhawa kimia yang dibawa oleh peranataraan angin atau air. Mendakan adalah bentun perantaraan antara batuan dan tanah. Struktur tanah lebih kompleks daripada mendakan, walaupun ia mungkin berasal daripada mendakan. tanah adalah campuran yang kompleks daripada bahagian batuan. Tanah terdiri daripada tiga jenis, iaitu pasir, kelodok dan tanah liat.

Atmosfera
Atmosfera adalah lapisan udara yang terdapat kira-kira 100km di atas permukaan bumi, ini membentuk apa yang dinamakan angkasa lepas. Atmosfera terbahagi kepada empat udara, iaitu troposfera, statosfera, mesosfera dan termosfera. Pembahagian lapisan-lapisan udara ini berdasarkan kepada perbezaan suhu.

Tuesday, October 04, 2011

tugasan dalam proses.

kerjasama amat diperlukan dalam melakukan sebarang tugasan.apa jua bentuk tugasan perlu dilakukan dengan penuh toleransi.maka,kami telah sebulat suara,ingin menekankan kepada diri masing2 agar bersama2 melakukan tugasan dengan penuh berhemah.lakukan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan dengan penuh kesedaran agar tiada yang goyang kaki atau menempa nama di atas kerja orang lain.sekian.

Sunday, October 02, 2011

pengenalan kepada ekologi

sebelum mempelajari tentang ekologi, kita harus mengenalinya dahulu..

Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan di antara makhluk hidup dengan lingkungannya dan juga diantara sesama makhluk itu. Istilah ekologi ini digunakan buat kali pertamanya oleh seorang ahli biologi Jerman, Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa Greek, oikos' yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Dengan demikian, ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Dalam ekologi, yang ditekankan adalah biologi kelompok makhluk hidup dan proses tugasnya sama ada di daratan  atau di dalam air. Maka ekologi dapat juga diertikan sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam, dah manusia sebagai sebahagian daripada alam.

Suatu sistem ekologi, atau ekosistem, terdiri daripada komponen-komponen biologi dan alam sekitarnya. Ekosistem adalah kompleks kerana di dalamnya terdapat bukan sahaja benda hidup tetapi juga benda-benda tidak hidup. Dalam hal ini yang penting adalah tindak balas yang mengikat benda hidup dan benda tidak hidup sehingga mewujudkan suatu ekosistem yang seimbang.